Ebook Teknik Hypnoscript
RM67.00 – RM117.00
- Money Back Guarantee
- Secure Payments
Description
Apa Anda Akan Terima:
1# Ebook Teknik Hypnoscript Sahaja
- Ebook Teknik Hypnoscript
- Rakaman Webinar Fast Track Hypnoscript [Terbaru]
- Telegram Group Support – 3 bulan
2# KOMBO 3 Ebook
- Ebook Teknik Hypnoscript
- Rakaman Webinar Fast Track Hypnoscript [Terbaru]
- Ebook Tak Nak Marah Anak Lagi Siri 1
- Ebook Tak Nak Marah Anak Lagi Siri 2
- Telegram Group Support Ebook Teknik Hypnoscript – 3 bulan
- Telegram Group Support Ebook Saya Tak Nak Marah Anak Lagi – 3 bulan
Cara Ebook Diberi:
Melalui Email selepas pembelian anda disahkan.
Jaminan Kami:
Jaminan wang anda dikembalikan jika anda membuat tuntutan dalam tempoh 7 hari selepas pembelian.
Secure Checkout With:
***PENTING – Selepas Membuat Pembayaran – Ikuti Langkah Dibawah utk pastikan pembelian anda dapat direkodkan
Additional information
Pakej Ebook | Ebook Teknik Hypnoscript Sahaja, Kombo 3 Ebook |
---|
Siti Noradzuanie (verified owner) –
Alhamdulillah ebook ni banyak membantu saya dan suami. Pengisian yang jelas, ringkas dan informatif. Baca terus apply. Dan terus nampak result pada anak saya yang berumur 3tahun. Recommended untuk ibuayah yang mencari. 💪
Rawive Joning (verified owner) –
Bila emosi menguasai diri, Terkadang Sgt susah utk mencari pekataan yg baik. Sedangkan pktaan itu 1doa yg sgt berkuasa. Terima kasih sudah publish Ebook ini utk public Puan Maznah. Ya sy hafal most of the script utk situasi yg Biasanya sy selalu lose control dan cakap pktaan x baik pada anak. Kesan dia mmg instant. Anak lbh mudah faham, Mendengar Kata dan lebih mudah bertolak ansur. Baca, apply & amalakan. Kehidupan saya lebih aman damai sekarang ni😊 isi kandungan Sgt senang utk dfahami
Mimi (verified owner) –
As salam. Saya nak share sesuatu. Anak saya sejak kebelakangan ni tidak mahu mandi. Jadi saya lap sahaja. Tapi tidak mahu pakai baju selepas lap. Asyik geleng dah tidak beri tangan untuk saya masukkan lengan baju tangan panjang. Tiba2 saya terfikir nak guna teknik ayat berulang. Saya sebut “nama penuh pakai baju” beberapa kali sehingga saya lihat seperti anak beri kerjasama dan kemudian saya sebut “nama penuh beri tangan untuk pakai baju” dengan nada neutral. Alhamdulillah anak terus beri tangan kanan dan kemudian tangan kiri. Masha Allah. Terima kasih puan maznah ibrahim sebab asbab saya baca perkongsian puan dan combo ebook puan saya dapat gunakan teknik kepada anak 😍
Nazia (verified owner) –
Assalamualaikum… Sejujurnya belum habis baca… Tp cuba apply setakat yg telah dibaca… Hasilnya Subahanallah… Masha Allah… Alhamdulillah… Mmg tak perlu pun ibu nak marah2 bebel2 bila tahu cara & perkataan yg betul utk bercakap dgn anak2… Terima kasih Puan Maznah atas perkongsian segala ilmu & pengalaman…
NOR HANIN (verified owner) –
Assalamualaikum….saya belum abis baca semua topik tetapi sy pilih mana yg sy perlu amalkan segera…saya nampak kesan positif pd anak sy yg berumur 1 tahun 6 bulan semasa sy baru cuba teknik hypnosript…Sy terpaksa hantar anak ke Taska kerana pengasuhnya sakit…Sebulan sebelum dia ke Taska, sy hypnoscript dia setiap malam sebelum tdo…”N seronok utk ke Taska…N berani utk jumpa cikgu dan kawan baru di Taska”…alhamdulillah, apabila tiba harinya, dia mudah utk sesuaikan diri… Anak ini juga takut utk duduk di car seat kerana pernah jatuh dr carseat…saya cuba hypnoscript dia setiap malam..”N berani utk duduk di kerusi selamat…N tenang duduk di kerusi selamat”…2 mggu selepas itu, dia berani semula…alhamdulillah, terima kasih Pn Maznah kerana publish buku yg sgt bermanfaat ini…Nk cuba dgn abgnya pula yg kdgkala takut ke sekolah sebab cikgu garang…
Mariyah (verified owner) –
Mengurus kan 3 orang anak sekaligus bekerja bukan suatu hal yg mudah. Pagi pagi kelam kabut urus anak, nak pergi tempat kerja lagi. Episod menangis, tantrum memang sentiasa ada. Mak plak penat stress dgn kerja lagi. Kalau tak tahu urus emosi. Memang menjerit la selalu dekat anak. Saya Cuba cari solusi. Xnak keadaan mcm ni terus berlaku. eBook tak nak marah dan hypnoscrip memang Sgt membantu. Baca dan apply. Mula mula memang rasa mcm berlakon je. Tapi lama lama, mulut dah terbiasa menyebut yg baik. Kata-kata kan doa. “Kakak anak solehah. Pandai jaga adik, Sayang adik.”
Satu hari kakak cakap ” umi penat e. Xpe umi rehat kakak jaga adik. Kakak anak solehah. Anak solehah dapat masuk syurga.” Menangis gembira dlm hati. Anak 5 tahun cakap mcm tu.hasil dari cakap selalu yg positif pada dia. Alhamdulillah. Umi dah usaha cari ilmu dan apply serta berdoa. Tawakkal pada Allah. Lepas ni istiqamah cakap yg baik baik. Terima kasih puan maznah. Asbab ilmu yg diberikan.
Fee (verified owner) –
Assalamualaikum Puan Maznah. Cuma nak kongsi alhamdulillah kejayaan wean off (putus susu) dengan anak saya dengan menggunakan hypnoscript.
Anak lelaki, baru masuk 3 tahun. Saya Suri rumah, jadi anak memang melekat 24 jam dan suka mengempang (kalau tak silap saya, itu istilah yang selalu digunakan).
Saya nak putuskan susu dengan dia. Jadi saya guna hypnoskrip untuk 40 Hari. Setiap malam saya ingatkan dan count down.
Saya cakap lagi berapa hari (count down), Hari jadi dia akan sampai. Saya nyanyikan lagu hari jadi, dan kata lepas tiup Lilin kek Hari jadi, menyusu habis. Sebab dia dah come to age, jadi tak boleh menyusu dah.
Selepas tiup lilin, bila dia minta nak menyusu, saya repeat skrip yang saya dah cakap selama 40 hari tu. Masa siang, okay, faham walaupun nampak sedih.
Malam pertama, nak tidur, menangis 40 minit sebelum tidur. Lagi 40 minit pukul 2 pagi.
Malam kedua, menangis 10 minit sahaja.
Malam ketiga sehingga sekarang dah 10 hari, tidur lena sepanjang malam, dah tak bangun dan tak minta nak menyusu dah.
Alhamdulillah semuanya selamat. Bagi ibu ibu yang merancang nak putus susu, (macam saya kiranya macam cut off, sebab nak kurangkan waktu menyusu susah sebab sentiasa bersama dengan anak), saya cuma nak kongsi, hypnoskrip sangat membantu. masa dia nangis, explain lagi, peluk dia dan jangan pinggirkan dia. Kalau dia tolak Kita, beri ruang tapi jangan tinggalkan dia.
Kita kena sangka baik, yakin, sabar, sokong anak dan syukur sepanjang proses.
Alhamdulillah, hubungan kami anak-ibu masih rapat, dia tak throw tantrum tak dapat menyusu, cuma sedih untuk 2 hari pertama. Tapi Kita sebagai ibu kena kuat semangat, dengar dia menangis tak dapat dan menangis kehilangan walaupun luluh hati mendengar, kena kuatkan semangat. In Shaa Allah, boleh.
Ibnu Yahya (verified owner) –
Anak sulung Kakak 3 tahun 8 bulan dia sayang adik tapi tak boleh kongsi barang. Alhamdulillah sekarang Kakak dah dapat kongsikan barang mainan dengan adiknya selepas saya menggunakan teknik-teknik yang disampaikan dalam group telegram.
Wan Nur Irdina Binti Wan Hashim (verified owner) –
Saya guru di tadika, dan cuba untuk gunakan pada students, dan alhamdulillah saya dapat attention mereka untuk lebih involved dengan saya, lepas baca ebook terus amalkan, jadikan student sebagai ujikaji. Mengejutkan, Makin mendengar ckp, lebih memilih untuk meluangkan Masa dengan Kita, dengar arahan dengan baik. Group support mmg mebantu especially bila pn maznah sendiri yg guide, MACAM MAGIC!!!. Terima kasih banyak2 pn maznah 💞.
Ann (verified owner) –
Sebelum ini, masalah yang sy hadapi adalah emosi bila anak-anak tidak mendengar cakap dan selalu teriak dengan anak-anak saya. Selepas saya mengaplikasikan ebook ini, sy sangat bersyukur kerana dapat belajar serba sedikit cara untuk menghadapi anak2 sy tanpa marah atau guna emosi. Sekarang anak2 sy pandai mendengar cakap sy sudah tapi masih banyak yang perlu saya perbaiki dalam diri saya agar sy dapat mendidik anak sy dengan baik.
Ez (verified owner) –
rasa sedih dan stress mengurus emosi anak2..
Anna Bahrum (verified owner) –
saya baru kesempatan untuk membaca ebook ini. inshaallah saya akan amalkan kata kata positif selepas membaca ini. doakan semog saya istiqomah dalam mendidik anak.
Ann App (verified owner) –
Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada ebook ini dan pengasas ebook ini. Setelah sevulan mengaplikasikan ebook ini… Anak2 saya skrg sda pndi mendengar cakap tapi belum 100% lah.. Anak saya smkin mdengar cakap dan sy pun tidak guna emosi sda bercakap dgn mereka.
Safuan (verified owner) –
Sy baru je try hipnoscript sentence yg ade dlm list ebook. So kurang ler sket rs nk marah tu anak xnak ikut ape kita suruh. Ulang2 ler ayat tu..nk kasi rating kat bawah ni awal lgi rsnye, xabis bc lgi
Safuan (verified owner) –
Alhamdulillah , anak sulung nampak berkesan, anak kedua gayanye mcm tetap pendirian sket. Sy dah berulang ckp tidur atas tilam lagi selesa, tetap die ckp tdo sofa lgi selesa, 46 bulan bru umurnye..sy beralah je lah
Syahira (verified owner) –
Saya x reti nk gunakan ayat yg betul.sblum ni saya tahu dgn ank2 kecil kita x boleh gunakan perkataan “jangan”tp saya x tau nk guna ayat yg mcm mana.Bila saya jumpa ebook ni,saya rasa sgt mudah nk praktik,dan saya rasa sgt seronok sbb saya dh jumpa skrip yg terbaik .
shera farina mahassan (verified owner) –
Alhamdulillah..saya merasakan lebih positif dalam mengawal kemarahan kepada anak-anak walaupun ada masanya tidak dapat dikawal berbanding dulu yg lebih suka merotan anak-anak berbanding sekarang yang mana sy lebih banyak bersabar.Syukur Alhamdulillah.Terima ksih Puan Maznah Ibrahim.
Rodzimah –
Saya dah baca..belum mengamalkan….sy tengah mengandung
noraini (verified owner) –
saya lebih sabar dan faham respon anak2
Siti asmah (verified owner) –
Anak tak dengar kata
Nurul Husna (verified owner) –
Saya ada 3 org anak dan semua perempuan.. Anak sulung berumur 5tahun,kedua 2tahun,no 3 umur tujuh bulan. Sebelum ni anak saya yg sulung agak susah mengikut arahan. Satu hari saya terbaca post puan Maznah di facebook berkenaan teknik untuk kita bercakap dengan anak supaya anak mendengar kata dan ikut arahan dengan baik. Saya tertarik dan nak cuba teknik hypnoscript tu. Sebelum ni anak sy yg sulung susah nak dengar arahan ummi abahnya. Kalau dia buat perangai sebelum ni sy buat ancaman pada dia “kalau kakak tak tutup tv mlm ni kakak tidur kt luar” dan seterusnya la hari2 dengan ancaman yg berbeza. Tapi selepas saya baca ebook dan baca kesan pada anak2 kalau hari2 kata tu kata ini akan mempengaruhi tingkah laku dia hingga dewasa,saya kena lakukan sesuatu. Dalam ebook ni banyak membantu dlm mengurus dan mengawal emosi bila berhadapan dengan perangai ank2. Alhamdulillah sangat membantu, saya cuba berckp baik2, bila ada rasa nak marah saya cuba kawal emosi, jauhkan diri seketika dan bila keadaan dah tenang baru bercakap semula dgn dia. Alhamdulillah dia faham..sedikit demi sedikit dia mula ikut arahan wlaupn dlm keadaan terpaksa. Apa2 pun semua bermula dari kita sebagai ibubapa untuk menjadikan anak2 beradab dan mendengar kata. Terima kasih puan maznah kerana menyediakan ebook spt ini yg sedikit sebyk membantu sy dlm mendidik anak2.
Azizah Saleh (verified owner) –
Anak lambat respon bila diminta buat sesuatu, tapi selepas menggunakan tips yang diberikan melalui ebook ini.. Alhamdulillah sudah ada perubahan pada anak2 walaupun belum sepenuhnya tapi dag buat saya bersemangat untuk teruskan menggunakan tips yang diberikan.
Nurul nesha bt norlin (verified owner) –
Alhamdulillah.. Anak semakin mendengar cakap dan mula pandai berdikari
intan azmira wan abdul razak (verified owner) –
1. sejak dulu saya uruskan ank2 kecil seorang diri setiap pagi kerana suami guru, keluar awal ke sekolah. kini saya uruskan umur 4thn dan 6thn. hampir setiap hari mereka menguji emosi saya. saya baru aplikasikan sedikit, akan cuba lagi. saya rasa emosi saya terkawal sejak baca ebook, tele etc
NAZAHIAH BINTI ISHAK (verified owner) –
Selepas aplikasikan ebook ini, saya lebih tenang dan suasana tegang dapat diatasi dengan lebih mudah. Anak2 pun dh jarang high speech
Arina (verified owner) –
Salam Pn Maznah. Sy Arina, anak sy berumur 3 tahun dan sy dah guna tips dlm ebook pn ttg masalah mandi pagi. Setelah cuba applikasikan ayat2 dlm ebook pn alhamdulillah dpt lihat perubahan utk mandi. Skrg sy masih cuba utk potty training pula. Doakan dipermudahkan ya pn maznah 🙂 Terima kasih juga atas ilmu2 puan yg in shaa Allah pasti byk membantu ibu2 lain di luar 🥰
Siti asmah (verified owner) –
Anak tak dengar cakap
Amirah Fatin (verified owner) –
Pernah marah anak sebab anak tak faham permintaan dan nak dituruti dan nak kebanyakan hal anak saya nk buat sendiri seperti tuang air, makan, dan mandi sendiri. Bila saya buatkan dia menangis sebab tak dapat buat.